Posts

Showing posts from October, 2017

Cd

Untuk makluman semua pembeli, bermula edisi 2018, bahan audio akan dibekalkan langsung melalui blog ini, dan boleh dimuat turun terus dari sini. Sekiranya anda memerlukan, ia juga boleh disalurkan terus ke whatsapp atau telegram mahupun emel anda. Bahan ini masih lagi diklasifikasikan terpelihara, dan sebarang urusan berkaitan hak cipta masih terpakai, dan tiada kebenaran untuk sebaliknya sehinggalah mendapat izin dari penulis. 

2017 cetakan pertama kedua dan ketiga

Alhamdulillah, al-khibroh fi lughah arabiah muasirah telah berjaya diterbitkan setelah melalui tempoh yang sangat sibuk di awal tahun 2017 ini. Pada bulan mac 2017 ia telah berjaya dipasarkan buat kali pertama. Pada mulanya kami bimbang, namun memberanikan diri juga untuk mencetaknya. Tidak disangka, sambutan amat baik dan alhamdulillah, terpaksa dibuat cetakan kedua dan ketiga. Walaupun kami berdua dicengkam oleh kesibukan, namun dicarikan juga masa yang berbaki untuk melunaskan harapan ini. Tidak dinafikan, terdapat kekurangan dalam buku ini, namun ia akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Semoga bantuan allah sentiasa bersama kita semua. Dan semoga, Dia membukakan jalan kepada kita dan anak murid kita untuk mempelajari bahasa arab ini. Wallahu min waro il qasdi, wa huwa yahdi ssabil.